Sunday, March 8, 2009

SELAMAT DATANG KE BLOG PENGKUBUR TEMBILA

keindahan pantai dendong yang mengusik jiwa..........


Pantai yang berteluk dan berbukit dan pasirnya yang memutih......
pemandangan yang sungguh mempesonakan!!!!!


Kampung Pengkalan Kubur Tembila yang terletak dibahagian pesisir pantai daerah Besut merupakan sebuah tempat yang dulunya tidak dikenali ramai. Namun demikian semenjak YAB Perdana Menteri Malaysia iatu Dato' Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi telah melakukan upacara pecah tanah untuk membina sebuah pusat pengajian tinggi yang ulung dipantai Timur iaitu Universiti Darul Iman, Kampung ini telah menajadi sebutan ramai diseluruh negara Malaysia. Pembangunan yang pesat yang sedang dijalankan dikampung ini iaitu dengan pembinaan Taman Ilmu yang diilhamkan oleh mantan menteri besar Trengganu iaitu Dato' Seri Hj Idris Jusoh telah melonjak nama Kampung Pengkalan Kubur ini di Seluruh Negeri Terengganu dan Malaysia amnya. Pembinaan Taman Ilmu ini yang menempatkan prasana pendidikan kelas pertama merupakan satu idea yang sangat bernas daripada bekas Menteri Besar terengganu.




Kampung Pengkalan Kubur yang terletak berdekatan dengan pantai Dendong yang merupakan sebuah destinasi perkelahan bagi penduduk tempatan. Ia mempunyai pantai yang sangat cantik dan bersih tanpa sebarang pencemaran. Pantai Dendong yang dulu hanya menjadi pusat perkelahan masyarakat setempat, tetapi kini ia telah menjadi satu kawasan yang sangat istimewa iaitu sebagai tempat pembinaan Universiti Darul Iman Kampus Besut. Walaupun kawasan ini dijadikan tempat pembinaan universiti, adalah menjadi harapan kami penduduk disini agar keindahan dan kecantikan Pantai Dendong ini dapat dijaga dengan baik sebagai tatapan generasi yang akan datang.(Rujuk pada foto-foto di atas)).